08 Julai 2013

Mesyuarat Agung PKPKM Negeri Pahang

08.07.13 satu mesyuarat agung PKPKM peringkat Negeri Pahang telah di adakan di Balai Raya Felda Purun, Bera, antara agendanya ialah memilih Pengerusi dan AJK baru, En.Mat Ali Musa di minta meneruskan khidmatnya sebagai pengerusi bagi memimpin badan petani itu untuk tahun 2013 - 2015.
Dari pemerhatian admin, jelas PKPKM peringkat negeri Pahang kini semakin lesu, antara sebab utamanya ialah kerana ketiadaan sumber kewangan untuk menggerakkan persatuan, tidak mustahil beberapa tahun lagi persatuan ini akan berkubur, untuk mengelakkan dari berlaku, usaha perlu di cari bagi mencari dana mengerakkan persatuan walau dengan apa cara sekali pun, jika tidak .......tamatlah riwayat PKPKM Negeri Pahang.


Catitan-

Semua gambar-gambar di atas di ambil menggunakan camera Galaxy Note 8.0
















27 Januari 2012

Taklimat Kualiti BTS di Kilang Sawit Kota Gelanggi

Pagi ini 27.01.2012 telah diadakan satu taklimat berkaitan kualiti buah Sawit yang di sampaikan oleh Pengurus Kilang Sawit Felda Kota Gelanggi 01, En.Fadli bin Mohammad kepada para peserta dari ajk JKKK dan ajk urus sendiri kebun Gelanggi 01.











Buah muda yang di reject menunggu untuk di lupuskan.

Buah muda baru sampai dan di longgokkan di atas platform



08 Disember 2011

Majlis dialog antara PKPKM dengan FELDA, MPOB dan RISDA

Setelah majlis dialog pertama diantara PKPKM dengan egensi Kerajaan pada 10.12.09 yang lalu, hari ini 07.12.11, PKPKM Negeri Pahang di bawah kepimpinan Mat Ali Musa sekali lagi mengadakan dialog serupa dengan Felda, Mpob, dan Risda di Dewan Felda Kumai.
En.Mat Ali Musa sedang berucap
Wakil MPOB  sedang menyampaikan taklimatnya

Wakil Risda 

Timbalan Pengarah Besar Felda Wilayah Mempaga
Barisan tetamu jemputan

Muhammad Sanusi juga hadhir
Haji Badion dan Nuar dari Sg Tekam Utara juga turut hadhir




29 September 2011

Mesyuarat Agung PKPKM ke - 18 di Kuala Lumpur

Tarikh 29.09.2011
Tempat,
Di Dewan Teateret Tingkat 2,
Bangunan Getah Asli  (menara)
148, Jalan Ampang,
50450  Kuala Lumpur.

Perasmian Oleh YB Datuk Hamzah Zainuddin


Antara aturcara penting ialah memilih pegawai-pegawai bagi jawatan seperti berikut :

1-   Presiden-  Y. Bhg. Dato' Hj Aliasak Hj Ambia'  (menang tidak bertanding)

2-   Timbalan Presiden, En.Mat Ali Musa   (menang tidak bertanding)

3-   Tiga Orang Naib Presiden,  Tuan Haji Daud Itam Raffar, Tuan Haji Wan Hassan Wan Ahmad dan Tuan Haji Zulkifli Mohd Nazim   ( kesemua calon di atas telah menang tidak bertanding setelah lain-lain calon menarik diri memberi laluan kepada mereka )

Pada malamnya di adakan majlis makan malam yang di sponsor oleh Mat Ali Musa sebanyak 17 meja dengan setiap meja di kenakan bayaran RM60.00

Pada malamnya, aku, Dollah Razali, dan Hj.Badion serta Nuar dari felda Sg.Tekam Utara menginap satu bilik di Hotel budget Kok Ping dekat Masjid Pakistan, belakang Chow Kit  KL.



Inilah Hotel budget tempat kami menginap


Pada paginya, semasa kami makan di kedai mamak depan Hotel, tiba-tiba muncul sekumpulan para juru terbang payung terjun berinjin, bermain,  berpusing-pusing  disekeliling merara KL






Semasa proses pendaftaran, kami diberikan wang saku RM250.00 dan sebiji beg bernilai lebih kurang RM 40.00, setiap peserta.




Mesyuarat Persatuan Pekebun Kecil Di Hotel Sri Malaysia, Temerloh


Alhamduliillah, hari ini diawal tahun 2011,  kita ahli-ahli PKPKM cawangan  k.gel.01 telah berjaya mempunyai blog sendiri.


Untuk kali pertama ini saya isikan dengan aktiviti pertama 2011 iaitu mesyuarat  pada 08.01.2011 jam 10.00pg,  persediaan pra mesyuarat Agong PKPKM peringkat Negeri Pahang yang akan diadakan tidak lama lagi.



Didalam kesempatan tersebut ada diantara peneroka yang mengambil peluang menyuarakan rasa tidak puashati mereka berkenaan dengan duit tanam semula yang masih belum dibayar oleh Felda.

Peneroka tersebut adalah dari gugusan Felda Keratong, mereka
akhirnya membuat keputusan bahawa jika Felda masih gagal menyelesaikan masaalah bayaran tersebut sehingga bulan
Mac ini, Para peneroka ini akan beramai-ramai berarak ke Ibu Pejabat Felda Di KL menyampaikan bantahan mereka.