Gambar di atas adalah bangunan baru PKPKM Malaysia.
Suasana di dalam bangunan PKPKM yang belum siap, macam surau je.....
26.09.13 Pagi2 lagi aku ke tempat mesyuarat diadakan iaitu di Dewan Teateret, Bangunan Getah Asli, 148, Jln Ampang, Kuala Lumpur, setiap seorg perwakilan di berikan duit minyak RM 300.00.
Ahli2 mendaftar dan di berikan sebiji beg dan satu sampul surat berisi RM300.00.
Aku bersama Hj.Shafei dari Gelanggi 2 dan Dollah Razali.
Tahun ini adalah tahun pemilihan, Presiden dan Timbalan tiada pertandingan, yg di pertandingkan hanya Naib2 Presiden sahaja....selesai mengundi jam 1.00 tnghari, aku ke dewan makan, setelah selesai makan aku pun balik.
Masa balik, aku ke perkampungan org Asli di Gombak kerana mahu bertemu rakan FB, Faisal Rizal, dia berkedai makan betul2 di depan pintu masuk ke Hospital Org Asli Gombak dan sebagai meraikan tetamu dia menjamu mee hoon soap.
Masa balik aku terus kedepan ke jalan lama ke Genting Highland dan tembus ke simpang Janda baik.